Dec 5, 2009

Vendor yang satu

Bulan lepas genap 7 thn aku bekerja di sini. Sepanjang 7 thn di sini dah bermacam project aku di assignkan. Biasalah kerja under project bermacam ragam dan kerenah yang terpaksa di lalui, Alhamdulillah semuanya kita sesama deliver, tp aku pelik dgn Vendor yang satu ini, mereka terlalu angkuh, ya TERLALU ANGKUH, angkuh dgn pengalaman mereka, tp selama 6 bulan aku dipinjamkan ke project ini, hanya SATU, satu sahaja aplikasi yang aku nampak ada progress, itu pun masih tersasar. Mereka terlalu angkuh dgn kepakaran mereka (pakar lah sangat).


Dunia IT ini tidak besar, pusing2 kita akan bertemu muka yang sama, tidak di sana mungkin di sini. Semoga ada hidayah untuk Vendor yang satu ini dibukakan hatinya untuk membuang rasa angkuh mereka..dan kita bekerjasama.

Aku pun tak tau sampai bila.....

0 friendly message(s):